Sunday, January 30, 2011

ANUGERAH I.N.S.A.N 2010


Buat julung kalinya, dengan pencapaian yang tak seberapa..INSAN dengan bangganya telah membuat pelaburan yang agak besar bagi menjayakan Anugerah I.N.S.A.N 2010 yang telah berlangsung di PWTC 28 Jan 2011 pada pukul 9.00 malam.. Anugerah ini telah dirasmikan oleh sendiri Kementerian Blogger dan turut disaksikan sendiri INSAN bersama Tan Sri2, Puan Sri2, Datuk2, Datin2 dan berpuluhan ribu yang hadir. Anugerah ini bagi tujuan supaya blogger2 dapat memberi maklumat terkini dan sensasi mengenai diri, isu-isu semasa. Selain itu, blogger juga dapat meningkatkan daya kreativiti yang menarik supaya bolgger2 lain tertarik untuk membaca. Tahniah buat yang berjaya mendapat award untuk kali ini, dan banyak lagi award yang akan di bagi oleh INSAN atas penghargaan dan sokongan kpd setiap blogger. Diharap blogger dapat meneruskan bingkisan bagi mencoretkan dan mewarnai blog masing bagi tujuan yang baik dan berkongsi pendapat bersama blogger lain2. Turut menjayakan majlis ini artis2 terkenal tanah air dan luar negara.

senarai pemenang ada di INSAN AWARD sila klik..wokey
tahniah untuk pemenang anugerah INSAN AWARD 2010..

Kelantan Juara Piala Sultan Ahmad Syah (Piala Sumbangsih)



THE RED WARRIORS...CONGRATULATION...!!

berita dari kosmo..

KELANTAN terus mencipta sejarah, kali ini berjaya menjuarai Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama setelah menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Jaringan penalti Norshahrul Idlan Talaha dan sepakan percuma Badhri Radzi sudah cukup untuk menggagalkan hasrat Selangor meraih kejuaraan sumbangsih itu buat kali ketiga berturut-turut.

Tuah jurulatih baru, Datuk M. Karathu membawa kejayaan kepada Kelantan manakala aksi pemain Selangor kendalian K. Devan tampak lesu dan serba tidak menjadi.

Perlawanan yang dimeriahkan dengan kehadiran 35,000 penonton itu, menyaksikan Kelantan mendahului seawal minit kelapan menerusi sepakan penalti Norshahrul setelah bek kanan Selangor, Razman Roslan menjatuhkan Nurul Azwan Roya.

Tertekan dengan jaringan awal itu, Selangor cuba bangkit dan mendapat peluang terbaik pada minit ke-31 menerusi tandukan Safee Sali tetapi sekadar menggegar palang gol Kelantan.

Sebaik babak kedua bermula, Selangor memasukkan Fitri Shazwan Raduwan menggantikan Safiq Rahim manakala Kelantan pula memasukkan Khairul Izuan Rosli menggantikan Danial Fadzly Abdullah pada minit ke-58.

Permainan terhenti hampir 10 minit pada minit ke-62 setelah penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman dan mercun ke arah padang.

Begitupun ia tidak menghalang Kelantan untuk mendapatkan gol kedua pada minit ke-83 menerusi sepakan percuma Badhri dari sebelah kiri yang gagal diagak dengan baik penjaga gol Selangor, Iqbal Suhaimi.

Jaringan tersebut terus mematikan langkah Selangor meskipun terus menggandakan asakan untuk mencari gol.

Trofi kejuaraan disampaikan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diiringi Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tan Sri Khalid Ibrahim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

“Turun selaku juara Piala Malaysia, tekanan hebat terpaksa dipikul Kelantan. Tapi para pemain telah menunjukkan keyakinan diri yang tinggi.

“Ini merupakan kali pertama Kelantan muncul juara dan saya hadiahkan piala ini buat seluruh penyokong setia Kelantan," kata Karathu.

Devan pula berkata: “Gol awal Kelantan menerusi sepakan penalti telah mematikan rentak permainan kami. ”

Pada perlawanan tersebut, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Astro.-KOSMO Online...

Saturday, January 29, 2011

Tiket Bas dari K.Terengganu-Sri.Puteri


Hahhhhh...kpd kawan2 yang ingin pulang ke Johor Bahru takpun ke Sri. Puteri (UTM)...ni ade satu berita penting untuk anda dari INSAN....INSAN nak jual tiket dengan harga istimewa...semua maklumat tertera kat atas...sesiapa nak boleh hubingi INSAN..harap kejasama anda dapat memudahkan kerja INSAN..k..

Wifi n Broadband punya hal.....


INSAN ni dah lah suka berBlog.....lame gile INSAN x berblog...memang sengal la punya wifi kat kolej INSAN...nak bukak blog punya la lambat cam kura...tak kurang juga BerukBand satu syarikat ini..lambat nak mampus....aduyaiiiiiiii...balik umah gak guna STREAMYX bru laju doh...INSAN bukan nak ckp peerrr rrr...kita bayar BERUKband...tapi kalu line xde..memang sengal la...memang liputan die macam s**l la...nak wat cam ne..nak bukak page pun punya la susah...aduhhhh....INSAN nak minta maaf la kpd blogger kat luar tu, x selalu update INSAN punya bolgger...hehe..slame 1 minggu ade kat umah ni..INSAN nak update la...hahaha..ape yg terjadi dan ape yang tak terjadi..huhuhu...moral of da story..guna la UNIFI..laju doh...haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...