Thursday, June 30, 2011

Group Sempoi d FB




Ini ada satu group yang INSAN join..group ni nama dia Group Caci Mencaci Jgn Terlebey Sudah (bkn nama pnuh)...huhu...nama group pn dh teruk dh..hahaha kalu baca komen memang nak pengsan dalam group yang INSAN join ni...Tapi group ini kutuk mengutuk sampai hati mereka ketawa dengan riangnya..yang tu best tu group ni..sumanya SEMPOI...hehe..ini sebahagian daripada komen mereka...ada yang merapu sampai 100 lebey komen dlm satu mase..nak amik terlalu pjg..haha..group ini kami disatukan dengan cara yang amat pelik..huhu..tetiba je jumpa..si pembuat group ini nama dia Conan (sebijik kot muka die cam Conan..haha..)



Tgk la tukang mengepostnya...aduyaiiii topik tu jgk yang nak diungkit..hahaha yang jd mangsa si pemangsa yang tak tahu pape pun...MMmmm...yang mengomennya terus menghairah mengomennya..aduyaiiii..ni je sempat INSAN amik...ade lgi kot rasenya yang mengomennya...
kesian si PEMANGSA yang teraniaya!!..huhu





Ini lagi satu si PENGEPOST...suka sgt la tu dapat duet..huhu... tgk la yg mengomen tu..aduyaiiii.. Korg ni patut dsatukan..haha..ade plak..sorg nak jadi nenek, sorg lagi nak jadi cucu...x masuk di akal...haha..

6t nak post yang panjang tu la...bio suma org tergelak melihat Group Caci Mencaci Jgn Terlebey Sudah..hahaha..


Wednesday, June 29, 2011

Malaysia vs Taiwan




Perlawanan yang dinantikan seluruh rakyat Malaysia..(rasenya la...) sbb bola sepal Malaysia tak macam dulu... Pada mlm td, Malaysia telah menewaskan Taiwan 2-1 hasil jaringan Safiq Rahim minit ke 28 dan Aidil Zaquan pada minit ke 55..Gol tunggal pasukan Taiwan di jaring oleh Po Liang Chen pada minit ke 77...

Perlawanan yang menarik yang dipamerkan oleh pasukan Malaysia selepas menjaringkan gol pertama dan kedua...selepas itu keadaan menjadi agak tidak menjadi selepas Taiwan membangkit untuk merampatkan jaringannn...

Bila gollll je..huhhh INSAN jerit leeee kuat kot..sampai mak marah...mak kate anak nak tdo ni ish ish ish...terpaksalah slow ckit..tapi nak goll je jerit ckali lagi...hahaha..kne marah lagi..nak wat cam ne...dh suka tgk bola...aduyaiiiii..mak pn, jgn la letak adik depan tv...saje je nk perangkap INSAN...hahaha

Ape2 pun syabas buat Malaysia menang ngan Taiwan.. Insya-Allah kejayaan ckali lagi akan datang bila bertandang ke Taiwan nanti..amin...

Monday, June 27, 2011

Memang sukar Untuk Org lain Percaya..




Sebuah nukilan dari hati ini...
Untuk tatapan kita dari INSAN..

Memang sukar utk org lain percaya, tp itulah yg berlaku. Ibu sy memang seorang pembohong! Sepanjang ingatan sy, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi sy. Sy perlu catatkan segala pembohongan itu utk menjadi renungan anda semua.


Cerita ini bermula ketika sy masih kecil. Sy lahir sebagai seorang anak lelaki dlm sebuah keluarga yg miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.Sebagai anak yg masih kecil, sy sering saja merungut. Sy menangis mahukan nasi dan lauk yg banyak. Tapi mak cepat memujuk. Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya utk sy. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk sy, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar."- PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika sy mulai besar, mak yg gigih sering meluangkan waktu senggangnya utk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yg segar dan mengundang selera. Sewaktu sy memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang drpd bekas sisa ikan yg sy makan tadi.Sy sedih melihat mak seperti itu. Hati sy tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, sy memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan." -

PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.


Di usia awal remaja, sy masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih utk menyara persekolahan sy, abang dan kakak.Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, sy terjaga dari tidur. Sy melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali sy lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk. Sy berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi." -

PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani sy pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu sy di luar dewan. Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar sy lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut sy dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, sy segera memberikan cawan sy itu untuk mak dan menyuruhnya minum. Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus." -

PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas sy baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak. Anehnya, mak menolak bantuan itu.Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki." -PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi mak tidak mahu. Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit." -

PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, sy melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian sy di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu sy sudahi dengan cemerlang, kemudian sy pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian sy, juga di luar negara.Dengan gaji yang agak lumayan, sy berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan sy, mak sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan sy. Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam sy menerima berita mak diserang penyakit kanser. Mak mesti dibedah secepat mungkin. Sy menjenguk ibunda tercinta.Sy melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah sy dengan penuh kerinduan. Mak menghadiahkan sy sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Sy dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.Sy menatap wajah mak sambil berlinangan air mata. Sy cium tangan mak, kemudian sy kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati sy terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini. Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit." -

PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: "MAK, SAYA SAYANGKAN MAK." Tapi tidak sy. Sehingga kini sy diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun sy membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan sy. SAYA SAYANGKAN MAK...


Haigailah ibu kita...

Makkkkk...kami sayang makkk!!

Selamat Hari Lahir Untuk Ibuku Tercinta.. Pn. Hasnah Yahya...








Thursday, June 23, 2011

Tolong Kuatkan Semangat INSAN..




╔♫═╗╔╗ ♥
╚╗╔╝║║♫═╦╦╦╔╗
╔╝╚╗♫╚╣║║║║╔╣
╚═♫╝╚═╩═╩♫╩═✘? +♥♥♥♥+

♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░♥
♥░░▓▓▓▓░░▓▓░░░░▓▓░░░░░▓▓▓▓░░▓▓░░▓▓░░♥
♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥
♥░▓▓▓▓▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓▓░░♥
♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥
♥░▓▓░░▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

.......~*~*~*~...... Ku temukan Engkau di setiap Tahajudku ......~*~*~*~......

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

_______¶¶¶¶¶¶¶
______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`♥´¯) ─────────█─█
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨ █──█──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨ ████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨ ───███████─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Yaa ALLAH ..
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
○°Âºoº° °Âºoº° °Âºoº° °Âºoº° °Âºoº° °Âºoº° °Âºoº°
¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯• ‘♥_♥’
Ya Allah..kurniakan lah kpd kami kejayaan di dunia dan di akhirat...amin

Contoh Resume




Contoh Resume/CV terkini!!...kompen dapt keje trus...hahahahaha
Bila tgk..klakar kot..tapi ini adalah RESUME YANG BENAR bagi seorang designer...sbb ramai yang buat cam ni...so,designer ni memang tak kisah pun, dia akan tunjuk kekreatifan yang ada padanya bagi menarik minat majikan..

Resume ini amik dari sorg member INSAN iaitu Man (Bkn nama sbnar)...
tah mane die amik pun INSAN tak tau, tapi kita share keunikan dan kekreatifan pembuat..hehe

Tapi agak intelligent jgk la c pmbuatnya..huhu...kalu nak jadi designer boleh la kot wat cam ni...tapi kalu nak jadi engineer..adduuuuyaaaiii masakkkk oooooo!!!
hahahaaha



**minta maaf c pembuat just for sharing your resume..INSAN really enjoy your resume..

Wednesday, June 22, 2011

Ayah Lang...



Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah swt..dengan rezeki-Nya..dapatlah INSAN menjadi Ayah Lang...hohoho... Anak sedara pertama dilahirkan pada 22 Jun 2011 pada pukul 3.2o ptg... Kak Long pun chat walafiat....tahniah untuk along INSAN yang dapat baby perempuan seberat 2,9 kg...

Waaaahhhh gemmmbiranya..tak sabar2 nak balik Kluang nak tgk... Pasti kedatangan orang baru dalam keluarga INSAN..boleh mengamatkan lagi suasana yang ada sekarang..oooo...

Mak dan abah dah jadi nenek ngan atuk..hehe tok wan plak jadi moyang dahh...huhu...
Dan kepada sepupu sepakat..bersedialah dengan panggilan baru anda..hahaha
baru ada glamoour ckit..hahaha

GEMMMMMMBIRAAAAA...!!!

Komik TNP


Ini GROUP TRAIN N PLACE yang INSAN join bersama dieorang...Waaaahhhh memang besttt sgtttt bangat dengan group ni...sebab sumanya sporting giler...dalam group ni kami di pecahkan kpd 4 kumpulan....

4 Gambar di bawah ni adalah kumpulan masing2...mase ni kami nak g buat amal ckit nak membantu rakyat Palestine...kami diberi task membeli sambil menderma tak pun menderma sahaja...kami diberi beberapa tempat yang perlu kami membuat kunjangan..malu memang tak terkata lah...tapi semangat nak membantu rakyat Palestine memang menjadi tanggungjawab sesama manusia..

Tengoklah gelagat mereka, sebelum pergi ke tempat yang hendak dituju..huhu
macam2..xhabis dlm kelas..kat luar kelas pun kecoh..haha
terbaek seyyy!!
huhu






MMmmm...kepada ahli yang melihat gmbr ni, mesti korg suma lupa, ada sorg je tertinggal...huhu
teka cpt!! hahaha...jgn terase ye yg xda gambar...t ade mase INSAN upload yg laen..ok!
huhuhu.. Enjoy da ShoW!!
**jangan ade yang terasa, just kenangan bersama...

TOGETHER TOGETHER..!!!!

EngineeR..



Ini member INSAN...nama dia Azmi, (Org tganu, cakap ganu pun pekat hahaha..) bukan nama sebenar, kalu nama sebenar pun, x pyah la korg tahu...ni nak citer ckit pasal die ni...knal rapat semasa join Program Train n Place.. bkn nak citer ape pun..sebab die dah dapat keje jadi Engineerrrrr...bkn Eeejinggg liaaarr ok!! haha
rezeki kawan, so tumpang gembira la...hari ini dia daftar sebagai Engineer di Syarikat Saiko (tak tau btol ke tak INSAN eja nama syrikat ni..wah wah wah).

Sebelum dapat tawaram keje, die dh dapat training d syarikat jam jepung.. Syarikat Instrument Technology Sdn Bhd... katenya penattt..Die tak PIKIR yang INSAN duduk dalam bilik pun penat...hahaha seronok kot, INSAN tgk depa2 ni dapat keje jadi Engineer!! Keje kat mane2 pun suma nya susah! tapi pengalaman tak boleh dijual beli...okey!!

Kita citer pasal die kejap..Mase join program, die ni lah ketua kami....hahaha..orgnya relaks, dan penuh berwawasan..wa cakap lu!! Tgk la, mcm mane die berposing bila bergambar... Chayokk la bos!!! Malas r citer pjg..kang dok pasal2 sebutir kene atas kapale!!
~~huhuhu~~

Okey..Ucapan Tahniah dan Selamat bekerja booo waaaatt Azmi (Bkn nama sebenar)

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa



Selamat Hari Bapa kepada bapaku Mohd Anuai bin Yusoh...

Kaulah Bapa
Kaulah Ayah
Kaulah Abah
Kaulah Dady
Kaulah segala galanya!!!
sebagai ketua keluarga
Kasih Sayangmu tidak berbelah bagi....
Kami anak-anak mu menyangi mu sepunuh hati..


I LOVE U SO MUCH..!!!

::..Dari Along, Angah, Alang n Adik..::

Saturday, June 18, 2011

Imam dan 20 sen

...Imam dan 20 sen...

Jommm bace dan fahami..hehe

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.
Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

Sahabat-sahabatku sekalian...
Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

***post ini INSAN bace dari sorang member kenalan dari FB..name die Wiwi..

Monday, June 13, 2011

Syabas buat TERENGANU KITE...!!!!!


Syabas..Syabas..Syabas..!! Aku bangga jadi rakyat Terengganu...Tahniah buat Terengganu yang menjuarai Piala FA dan SUKMA Kuala Lumpur baru baru ini...Kerana anda rakyat Terengganu dapat cuti umum dua hari disebabkan peristiwa manis ini...







SEMOGA TERENGGANU TERUS BERJAYA!!
CEMERLANG..GEMILANG..TERBILANG..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...