Saturday, December 10, 2011

KerinDuan pada INSAN...

Assalamuailaikummmm...w.b.t

Syukur alhamdulillah..dapat bersama lagi...
Waaaahhh tak sangka tak ku duga...udah lama ak tak bermain blogger..huhuhu
Nak wat cam ne..bz terlampau sgt...hehehe

Kali, INSAN dapat luangkan mase ckit, bace blog2 kawan2 yang lain...
TAhNiaH kawan2!! anda memang blogger yang setia...huhu

Insya-Allah, INSAN akan luangkan mase untuk blogger suma t...

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya..







Waaaahhh...Alhamdulillah.. genap 1 bln berpuasa..tiba la saat yang dinantikan...Hari Raya Aidilfitri... Pada tahun ini, INSAN berhari raya sebagai seorang Engineer...so dah lame dah tak update blog ini..huhu Kalu dh berkerjaya, so, Hari Raya kne la hulur2 ckit kat kuarga terutamanya mak... memang tiap Tahun INSAN ber Hari Raya kat kg..kat Kuala Trg... Memang menjadi rutin mak n abah menunggu kepulangan kami adik beradik semua untuk pulang ke kg..

Kepada kawan2 blogger, minta maaf lama tak update blog.. Insya-Allah..ade mase terluang kan INSAN update kan...

Kepada semua Teman2..Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri..
Maaf kemaafan dari INSAN..





Friday, August 12, 2011

PERHATIAN...!!!!

Waaaauuu...terkejut INSAN bila tahu ada udang di sebalik batu...

kalu blogger x pcaye..try la wat...

1. cuba anda buka mane-mane blog kawan anda….
contoh : aaaaa.blogspot.com

2. kemudian, buka semula blog kawan anda itu, tapi dengan membuang huruf ‘s’ pada perkataan blogspot
…contoh : aaaa.blogpot.com

Apa yang terjadi?

Tengok jgn x tengok..


SEBARKAN....

Sunday, July 31, 2011

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Terbaik la UTM..huhu mesti batch kitaorg yang terbaik kot..huhu ape ape pun tahniah la buat UTM disayangi...

TAHNIAH!!! Buat graduate yang bakal konvo bln 9 yang Konvo ke 46..huhu


Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

RAmaDHan..




SELAMAT BERPUASA KEPADA MUSLIMIN DAN MUS:IMAT DI SELURUH DUNIA..







Selamat bepuasa kepada Abah, Mak, Angah, Wan, Tok Ki, Mok Chik, Ucu, Ayah Su, Machee, Kak Yah, GG, Abg Ngoh, Abg Chik, Abg Teh, Kak Chek, Uzwah. dan Kaseh d kampung...tak lupa kepada Along, Kak Long, Atin, adik sedara yang berada di Kluang..Kepada Teh, Ayah Teh, Nana, Najwa, Abang, Naim dan spupu baru (lupa nama..haha) yang berada di Putrajaya...kepada Umie yang berada di Fraser Hill...Aboh Di, Along Ayin, Ati, n Nana yang berada di Raub...
Waaaahhhh ade lg..tp tak sempat....

Buat teman-teman SKGT Jelebu N9, SMKP Jelebu N9, SMKBB K.Trg dan SMTT...

Buat kawan kawan x-UTMKL terutamanya dak-dak klas DDP-SEC 11 n 12...Otaiii, Afiq, Nuar, Jad, Jang, Mie, Nizwan, Botak, SapiQ, Sapik, Din, Kimi, Hud, n lain2

Bua teman sejati di UTM Sekudai, Zorroooo..Adi Juruh...n Pak TAm...

Semua Warga UTM JB termasuk group Batch SEI, Kolej 10, dak-dak Tintec, Train n Place, SUKSIS.....

SELAMAT BERPUASA SEMUA..!!!

Friday, July 22, 2011

Pizza Hot...





PESANAN PIZZA ZAMAN DEPAN TAHUN 2850 haha lawak

Sistem database automatik mengatur kehidupan manusia - Selamat dtg ke
dunia IT.

Rakaman Percakapan telepon pesanan Pizza tahun 2850

Operator : terima kasih anda telah menghubungi Pizza Hot, boleh saya
bantu....

Pelanggan : heloo, saya nak pesan Pizza

Operator : Saya perlukan no I/C encik untuk memproses permohonan
seterusnya.

Pelanggan : OK, sekejap. No nya : 790615-08-5331

Operator : Ok Encik Rahmat ,berumur 41 tahun, encik tinggal di Jalan
Hang Tuah no.16, Seksyen 18/34D, Shah Alam. nombor telefon rumah :
03 77726378, No pejabat : 03 51912870 ext 999 dan no telefon bimbit :
anda 016-6666222, encik menelefon dari mana?

Pelanggan : dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua no tel saya?

Operator : Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.

Pelanggan : Oklah, saya nak pesan Seafood Pizza - pakej family

Operator : Itu bukan idea yang bagus encik

Pelanggan : kenapa pulak?

Operator : Dari medical record cik , encik memiliki tekanan darah
tinggi dan kolesterol yang berlebihan dari paras normal.

Pelanggan : Jadi awak rekemenkan apa?

Operator : Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza

Pelanggan : Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?

Operator : Hmmm minggu lalu pakcik baru pinjam buku yang berjudul
"Popular Hokkien Dishes"dari perpustakaan negara di Jalan Tun Razak.

Pelanggan : Ok lah. Ikut jek la. So, berapa harga pekej family yg
saya pesan tadi?

Operator : Tapi pakej family kami takkan cukup untuk anak encik yang
berjumlah 7 orang .., jumlah keseluruhan adalah RM80.00

Pelanggan : Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad Visa saya.

Operator : Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kad
Visa pakcik dah tamat dan ada outstanding bil di Maybank sebanyak
RM4050.00 sejak bulan Ogos lalu , itu belum termasuk caj denda untuk
tunggakan bayaran bulan rumah encik.

Pelanggan : Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum
penghantar pizza sampai , ke rumah saya.

Operator : Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun
encik dalam kesemua empat bank iaitu Maybank, BCB, Ambank dan Public
Bank menunjukkan baki kurang dari RM1.00

Pelanggan : Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh, saya bayar cash
kat sini. Berapa lama Pizza akan di hantar?

Operator : sekitar 45 minit encik, tapi kalau encik rasa terlalu lama
dan tak suka menunggu, encik boleh ambil sendiri dengan motor kapcai
pakcik.

Pelanggan : APA ????

Operator : Menurut catatan kami, encik memiliki motor kapcai tahun
2015 dengan no pendaftaran BWW 2114 betul kan pakcik?

Pelanggan : Cis! Melampau betul! Celaka gile. Sape bagi bukak rekod
org lain sesuka hati ni? ada yg nak kena belasah ni??!!

Operator : Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan. Takkan encik dah
lupa tarikh 15 Mei 2010 pakcik pernah kena tahan lokap sebulan sebab
bercakap kasar dan cuba menyerang seorang polis di Plaza ALam Sentral, Shah Alam.

Pelanggan : (Terdiamm....)

Operator : Ada nak tambah yang lain encik?

Pelanggan : Takde, eh tapi kalau pesan pakej family ada percuma 2
botol coca cola kan?

Operator : Betul encik, tapi menurut catatan kami encik ada juga
mengidap DIABETES, jadi kami tidak mau mengambil sebarang risiko.....

Pelanggan : KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN SAJA SEMUA!

Operator : Terima kasih atas panggilan pesanan encik, untuk sebarang
komen, kritikan dan pandangan, encik boleh mengisi form online pada
website kami,username dan passwordnya tercetak pada bahagian bawah
kotak pizza yang encik pesan... terima kasih kerana telah menghubungi
Pizza Hot....

Sunday, July 10, 2011

KaraNGan KU...



Karangan yang amat baik untuk dibaca..hehe..Ini INSAN amik dari member INSAN kat muka buku..huhu.. JOMMMM BACAaa!!!


Thursday, June 30, 2011

Group Sempoi d FB




Ini ada satu group yang INSAN join..group ni nama dia Group Caci Mencaci Jgn Terlebey Sudah (bkn nama pnuh)...huhu...nama group pn dh teruk dh..hahaha kalu baca komen memang nak pengsan dalam group yang INSAN join ni...Tapi group ini kutuk mengutuk sampai hati mereka ketawa dengan riangnya..yang tu best tu group ni..sumanya SEMPOI...hehe..ini sebahagian daripada komen mereka...ada yang merapu sampai 100 lebey komen dlm satu mase..nak amik terlalu pjg..haha..group ini kami disatukan dengan cara yang amat pelik..huhu..tetiba je jumpa..si pembuat group ini nama dia Conan (sebijik kot muka die cam Conan..haha..)



Tgk la tukang mengepostnya...aduyaiiii topik tu jgk yang nak diungkit..hahaha yang jd mangsa si pemangsa yang tak tahu pape pun...MMmmm...yang mengomennya terus menghairah mengomennya..aduyaiiii..ni je sempat INSAN amik...ade lgi kot rasenya yang mengomennya...
kesian si PEMANGSA yang teraniaya!!..huhu





Ini lagi satu si PENGEPOST...suka sgt la tu dapat duet..huhu... tgk la yg mengomen tu..aduyaiiii.. Korg ni patut dsatukan..haha..ade plak..sorg nak jadi nenek, sorg lagi nak jadi cucu...x masuk di akal...haha..

6t nak post yang panjang tu la...bio suma org tergelak melihat Group Caci Mencaci Jgn Terlebey Sudah..hahaha..


Wednesday, June 29, 2011

Malaysia vs Taiwan




Perlawanan yang dinantikan seluruh rakyat Malaysia..(rasenya la...) sbb bola sepal Malaysia tak macam dulu... Pada mlm td, Malaysia telah menewaskan Taiwan 2-1 hasil jaringan Safiq Rahim minit ke 28 dan Aidil Zaquan pada minit ke 55..Gol tunggal pasukan Taiwan di jaring oleh Po Liang Chen pada minit ke 77...

Perlawanan yang menarik yang dipamerkan oleh pasukan Malaysia selepas menjaringkan gol pertama dan kedua...selepas itu keadaan menjadi agak tidak menjadi selepas Taiwan membangkit untuk merampatkan jaringannn...

Bila gollll je..huhhh INSAN jerit leeee kuat kot..sampai mak marah...mak kate anak nak tdo ni ish ish ish...terpaksalah slow ckit..tapi nak goll je jerit ckali lagi...hahaha..kne marah lagi..nak wat cam ne...dh suka tgk bola...aduyaiiiii..mak pn, jgn la letak adik depan tv...saje je nk perangkap INSAN...hahaha

Ape2 pun syabas buat Malaysia menang ngan Taiwan.. Insya-Allah kejayaan ckali lagi akan datang bila bertandang ke Taiwan nanti..amin...

Monday, June 27, 2011

Memang sukar Untuk Org lain Percaya..




Sebuah nukilan dari hati ini...
Untuk tatapan kita dari INSAN..

Memang sukar utk org lain percaya, tp itulah yg berlaku. Ibu sy memang seorang pembohong! Sepanjang ingatan sy, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi sy. Sy perlu catatkan segala pembohongan itu utk menjadi renungan anda semua.


Cerita ini bermula ketika sy masih kecil. Sy lahir sebagai seorang anak lelaki dlm sebuah keluarga yg miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.Sebagai anak yg masih kecil, sy sering saja merungut. Sy menangis mahukan nasi dan lauk yg banyak. Tapi mak cepat memujuk. Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya utk sy. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk sy, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar."- PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika sy mulai besar, mak yg gigih sering meluangkan waktu senggangnya utk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yg segar dan mengundang selera. Sewaktu sy memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang drpd bekas sisa ikan yg sy makan tadi.Sy sedih melihat mak seperti itu. Hati sy tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, sy memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan." -

PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.


Di usia awal remaja, sy masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih utk menyara persekolahan sy, abang dan kakak.Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, sy terjaga dari tidur. Sy melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali sy lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk. Sy berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi." -

PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani sy pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu sy di luar dewan. Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar sy lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut sy dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, sy segera memberikan cawan sy itu untuk mak dan menyuruhnya minum. Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus." -

PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas sy baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak. Anehnya, mak menolak bantuan itu.Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki." -PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi mak tidak mahu. Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit." -

PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, sy melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian sy di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu sy sudahi dengan cemerlang, kemudian sy pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian sy, juga di luar negara.Dengan gaji yang agak lumayan, sy berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan sy, mak sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan sy. Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam sy menerima berita mak diserang penyakit kanser. Mak mesti dibedah secepat mungkin. Sy menjenguk ibunda tercinta.Sy melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah sy dengan penuh kerinduan. Mak menghadiahkan sy sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Sy dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.Sy menatap wajah mak sambil berlinangan air mata. Sy cium tangan mak, kemudian sy kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati sy terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini. Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit." -

PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: "MAK, SAYA SAYANGKAN MAK." Tapi tidak sy. Sehingga kini sy diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun sy membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan sy. SAYA SAYANGKAN MAK...


Haigailah ibu kita...

Makkkkk...kami sayang makkk!!

Selamat Hari Lahir Untuk Ibuku Tercinta.. Pn. Hasnah Yahya...








Thursday, June 23, 2011

Tolong Kuatkan Semangat INSAN..




╔♫═╗╔╗ ♥
╚╗╔╝║║♫═╦╦╦╔╗
╔╝╚╗♫╚╣║║║║╔╣
╚═♫╝╚═╩═╩♫╩═✘? +♥♥♥♥+

♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░♥
♥░░▓▓▓▓░░▓▓░░░░▓▓░░░░░▓▓▓▓░░▓▓░░▓▓░░♥
♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥
♥░▓▓▓▓▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓▓░░♥
♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥
♥░▓▓░░▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

.......~*~*~*~...... Ku temukan Engkau di setiap Tahajudku ......~*~*~*~......

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

_______¶¶¶¶¶¶¶
______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`♥´¯) ─────────█─█
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨ █──█──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨ ████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨ ───███████─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Yaa ALLAH ..
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
○°Âºoº° °Âºoº° °Âºoº° °Âºoº° °Âºoº° °Âºoº° °Âºoº°
¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯• ‘♥_♥’
Ya Allah..kurniakan lah kpd kami kejayaan di dunia dan di akhirat...amin

Contoh Resume




Contoh Resume/CV terkini!!...kompen dapt keje trus...hahahahaha
Bila tgk..klakar kot..tapi ini adalah RESUME YANG BENAR bagi seorang designer...sbb ramai yang buat cam ni...so,designer ni memang tak kisah pun, dia akan tunjuk kekreatifan yang ada padanya bagi menarik minat majikan..

Resume ini amik dari sorg member INSAN iaitu Man (Bkn nama sbnar)...
tah mane die amik pun INSAN tak tau, tapi kita share keunikan dan kekreatifan pembuat..hehe

Tapi agak intelligent jgk la c pmbuatnya..huhu...kalu nak jadi designer boleh la kot wat cam ni...tapi kalu nak jadi engineer..adduuuuyaaaiii masakkkk oooooo!!!
hahahaaha



**minta maaf c pembuat just for sharing your resume..INSAN really enjoy your resume..

Wednesday, June 22, 2011

Ayah Lang...



Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah swt..dengan rezeki-Nya..dapatlah INSAN menjadi Ayah Lang...hohoho... Anak sedara pertama dilahirkan pada 22 Jun 2011 pada pukul 3.2o ptg... Kak Long pun chat walafiat....tahniah untuk along INSAN yang dapat baby perempuan seberat 2,9 kg...

Waaaahhhh gemmmbiranya..tak sabar2 nak balik Kluang nak tgk... Pasti kedatangan orang baru dalam keluarga INSAN..boleh mengamatkan lagi suasana yang ada sekarang..oooo...

Mak dan abah dah jadi nenek ngan atuk..hehe tok wan plak jadi moyang dahh...huhu...
Dan kepada sepupu sepakat..bersedialah dengan panggilan baru anda..hahaha
baru ada glamoour ckit..hahaha

GEMMMMMMBIRAAAAA...!!!

Komik TNP


Ini GROUP TRAIN N PLACE yang INSAN join bersama dieorang...Waaaahhhh memang besttt sgtttt bangat dengan group ni...sebab sumanya sporting giler...dalam group ni kami di pecahkan kpd 4 kumpulan....

4 Gambar di bawah ni adalah kumpulan masing2...mase ni kami nak g buat amal ckit nak membantu rakyat Palestine...kami diberi task membeli sambil menderma tak pun menderma sahaja...kami diberi beberapa tempat yang perlu kami membuat kunjangan..malu memang tak terkata lah...tapi semangat nak membantu rakyat Palestine memang menjadi tanggungjawab sesama manusia..

Tengoklah gelagat mereka, sebelum pergi ke tempat yang hendak dituju..huhu
macam2..xhabis dlm kelas..kat luar kelas pun kecoh..haha
terbaek seyyy!!
huhu






MMmmm...kepada ahli yang melihat gmbr ni, mesti korg suma lupa, ada sorg je tertinggal...huhu
teka cpt!! hahaha...jgn terase ye yg xda gambar...t ade mase INSAN upload yg laen..ok!
huhuhu.. Enjoy da ShoW!!
**jangan ade yang terasa, just kenangan bersama...

TOGETHER TOGETHER..!!!!

EngineeR..



Ini member INSAN...nama dia Azmi, (Org tganu, cakap ganu pun pekat hahaha..) bukan nama sebenar, kalu nama sebenar pun, x pyah la korg tahu...ni nak citer ckit pasal die ni...knal rapat semasa join Program Train n Place.. bkn nak citer ape pun..sebab die dah dapat keje jadi Engineerrrrr...bkn Eeejinggg liaaarr ok!! haha
rezeki kawan, so tumpang gembira la...hari ini dia daftar sebagai Engineer di Syarikat Saiko (tak tau btol ke tak INSAN eja nama syrikat ni..wah wah wah).

Sebelum dapat tawaram keje, die dh dapat training d syarikat jam jepung.. Syarikat Instrument Technology Sdn Bhd... katenya penattt..Die tak PIKIR yang INSAN duduk dalam bilik pun penat...hahaha seronok kot, INSAN tgk depa2 ni dapat keje jadi Engineer!! Keje kat mane2 pun suma nya susah! tapi pengalaman tak boleh dijual beli...okey!!

Kita citer pasal die kejap..Mase join program, die ni lah ketua kami....hahaha..orgnya relaks, dan penuh berwawasan..wa cakap lu!! Tgk la, mcm mane die berposing bila bergambar... Chayokk la bos!!! Malas r citer pjg..kang dok pasal2 sebutir kene atas kapale!!
~~huhuhu~~

Okey..Ucapan Tahniah dan Selamat bekerja booo waaaatt Azmi (Bkn nama sebenar)

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa



Selamat Hari Bapa kepada bapaku Mohd Anuai bin Yusoh...

Kaulah Bapa
Kaulah Ayah
Kaulah Abah
Kaulah Dady
Kaulah segala galanya!!!
sebagai ketua keluarga
Kasih Sayangmu tidak berbelah bagi....
Kami anak-anak mu menyangi mu sepunuh hati..


I LOVE U SO MUCH..!!!

::..Dari Along, Angah, Alang n Adik..::

Saturday, June 18, 2011

Imam dan 20 sen

...Imam dan 20 sen...

Jommm bace dan fahami..hehe

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.
Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

Sahabat-sahabatku sekalian...
Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

***post ini INSAN bace dari sorang member kenalan dari FB..name die Wiwi..

Monday, June 13, 2011

Syabas buat TERENGANU KITE...!!!!!


Syabas..Syabas..Syabas..!! Aku bangga jadi rakyat Terengganu...Tahniah buat Terengganu yang menjuarai Piala FA dan SUKMA Kuala Lumpur baru baru ini...Kerana anda rakyat Terengganu dapat cuti umum dua hari disebabkan peristiwa manis ini...







SEMOGA TERENGGANU TERUS BERJAYA!!
CEMERLANG..GEMILANG..TERBILANG..

Tuesday, May 17, 2011

My Thesis Done....!!!


My Thesis...Hohohoh...




Akhirnya INSAN dapat siapkan thesis INSAN sebaik baiknya...huhhhh...bkn senang nak buat...tapi apa apa pun Terima Kasih buat supervisor PM. Zamani Md Zain yang telah banyak menyumbangkan idea idea yang bernas dan tak lupa kepada sahabat seperjuangan iaitu Izzati dan Nadia. Tidak lupa juga sahabat baik seperjuangan PSO abg Encemmmm...tqvm for your guide me to do GUI in Matlab...huhuhu dan rakan rakan yang lain...Thesis ciap, kelegaan memang tak dapat dibayangkan....seronok sgt!!!! hahahaha tggu nak grade je..hehe apa pun semuanya dah berakhir, dan job yang bakal menanti... I want to be Engineer..!! huhu Insya-Allah...

Sunday, May 1, 2011

Kenapa orang Islam Sembah Kain Hitam tu??

Ini Insan nak kongsi bersama dengan anda suma, kadang2 kita susah nak pikirkan ape yang orang lain pikirkan tentang islam..agak sukar kita tuk menterjemahkan tapi hanya org Islam sahaja yang memahami..Benda ini pernah terjadi pada Insan, dan pernah Insan menerangkan pelbagai cara bagi mereka memahami..dan daripada Ustaz yang pernah Insan bertanya..Ustaz itu berkata cuba relatekan tentang Islam ini dengan sesuatu situasi yang membolehkan mereka faham apa itu Islam..sebagai contoh ini...



"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"

...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."

sila sila la share~~

Terima kasih kepada Emirah Emir (Facebook)...

Wednesday, April 20, 2011

GooD Luck To all UTM student...


Good luck kawan-kawan yang bakal menempuh peperiksaan akhir dan yang terakhir bagi pelajar tahun akhir yang bakal tinggalkan utm buat terakhir kali...banyak perkataan akhir..for last exam ni..INSAN harap korg dapat wat terbaik sambil mencari perkerjaan..hehehe..sambil memimirkan nk wat proposal master...xpn phd..hoho..tahniah!! yang nak sambung belajar..tahniah!! jga yang nak cari keje...okey!! all da besh!!!

Ais Ais Ais...Kesannya Terhadap Kita..





Hebahkan kepada kenalan anda dan yang anda sayangi

Kesan Minum AIS

Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....

Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.

Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah

akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak

yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.

Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada

serangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.

Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..

Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...

PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.

Baca ini..... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.

**Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi.....!!!!


post dari seorang teman INSAN..Hashim....

Tuesday, April 19, 2011

DEMO PSM yang meNAKJUBkan!!!

PRESENT AND DEMO FYP 2011

Ini lah presentation dan demo kami di bawah jabatan CIED, FKE..
Ini berlaku pada 13hb April 2011 di Makmal Control 2. Pelbagai projek kita boleh lihat kat cni hasil titik peluh kawan2 INSAN..selama dua semester terakhir inilah mereka bertungkus lumus untuk mghasilkan projek. Sangat2 GempaQQ...oiii...jgn kate senang!! susah kot!!
kpd kawan INSAN, INSAN amik yang terpilih je..sbb byk sgt..



Ini projek Pian..pasal cooler laptop..nampak cam simple je..tapi susah kot, kat cni kelebihannya sbb ade control manual dan auto untuk kelajuan kipas. Cooler ini jugak mggunakn software, dan boleh kita klik kat komputer nak kelajuan maksimum tak pun kelajuan minimum..so, laptop anda akn sejuk..sbb cooler ni bkn cam biase ade kat kedai..hohoho.. yang ade kat kdai tu la mereka mgambil idea tuk mghasilkan cooler btol2 cool...




Pelik tak?? xkan..haha ni projek Piah..ni die buat dalam situasi kat sekolah tentang penggunaan alat makmal KH. So, bila peralatan makmal hilang contohnya, hammer..die akan beri isyarat perlatan ini hilang xpn tiada d lokasi sebnarnya..jadi cgu boleh tahu la..tgk la lampu menyala kn, so buzer akn berbunyi..hoho.. mggunakn software jgk (buat sendiri..)..tak beban la cgu2 KH..


Ini mus yang punya...sensor nak tentukan jarak sesuatu bnda..mgkin guna sensor ultrasonic kot..tapi INSAN lupa nak tanya dia..hehe



Ini boleh dikatekan gempaq jgk la..snang bg pensyarah2 universiti..kad blkg kad metrik ade RFID, so bila pelajar masuk je kelas, kad metrik dh bertindak dan detect kedatangan kita sbb kat blkg kad metrik ade RFID. So, tak pyh la pensyarah nak bg kertas untuk tandatangan..pensyarah boleh lihat kat komputer je, sape yang hadir dan sape yang tdk hadir..siap boleh print lagi..



Ini intelligent traffic light...guna PLC..nak terang kat korang pun takut tak phm..tp korg phm kot fungsi macam mane traffic light kn yg korg tgk setiap ari kat jln raya tp ni dsbbkan byk simpang yang berhampiran...situasi ini diamik kat depan jalan Menara Celcom kat KL..btol2 tau..huhu..harap2 tak jem...kalu jem nak beli roti jap...hahahaha



Ini Iwan yang projek ni..die pasal robot detect alkohol..so, bila robot ini dapat detect alkohol, robot ni akan bergerak ketempat yang dia hidu alkohol la..abg iwan alkohol beli kat mane?? huhu



Nampak je warna pink..mesti la ppuan punya...ni projek Farina..dia buat pasal kereta diblkg boleh follow kereta hadapan mggunakan sensor...bila kete depan pecut..kete blkg akn follow dgn klajuan yang sama..bila plak kete depan nak undur, kete blkg akn undur setermerta...begitula dgn behenti..



Ini projek Ecoh..mmm..projek ini agak menarik jgk..kalu kita nak cas handphone kita guna bekalan letrik kan..ni kita guna solar, so tnaga solar ini dtukarkn kpd letrik...kita amik cth, bila hp kita xda bateri, so kita biar kat tempat yg ade ckit matahari..dia akn cas secara automatik..xpyh la letak btol kat bwh chya matahari...huhu janji ade ckit chaya matahari..sbb bateri voltan dia agak kecil..


Ini Aizat yang punya...ini balancing robot..bila robot ini bgerak, robot ini sedaya upaya mgawal pergerakan supaya tidak jatuh..motor kat tayar tu kan berjalan, dan semasa jalan, diats dikenakan beban supaya robot ini dapat mengimbangi..klakar gak robot Aizat ni bergerak..mcm berjoget2..tukat je la name di robot berjoget2...



Ini agak berteknologi sikit la..hasil karya Amer. Ini peti surat yang selalunya ade kat rumah pansapuri takpun kondominium...bila surat sampai, posmen akn masuk surat ke dlm peti surat yg telah ditetapkan pemiliknya mgikut alamat dlm peti surat. Bila posmen letak, secara automatik..msg empunya peti surat akn dihantar ke handphone tua punya peti tu..so, tuan peti tu tahu la, dalam peti ade surat..mcm tu la serba sedikit..



Ini plak projek Ajib..projek die pun berkaitan dgn sms...ini pintu kat umah takpun pintu kat mane2 la...janji pintu..so bila nak bukak pintu kene sms la...tapi sgt2 security sbb, bila nak bukak pnyu kita kne tahu no phone pntu tu...pastu kne masuk plak pasword..huishhhh...memang susah la nk ceroboh...hahaha...tapi kalu ade jgk penceroboh, loceng akn bunyi..dah si rumah akan menerima sms bahawa pntu rumahnya sedang di ceroboh...perrrgghh..cangih gak kan...


Cerita2 projek org..lupa nak cerita projek INSAN...hohoho..projek INSAN sofware je...nak tunjuk t kne pk 200x kot..sbb xphm..hanya yg memahami sofware sje yg skn tahu...tu la ade mber INSAN wat sofware pun INSAN tak tunjuk...tp jgn kecik ati udah la...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...