Wednesday, June 22, 2011

EngineeR..



Ini member INSAN...nama dia Azmi, (Org tganu, cakap ganu pun pekat hahaha..) bukan nama sebenar, kalu nama sebenar pun, x pyah la korg tahu...ni nak citer ckit pasal die ni...knal rapat semasa join Program Train n Place.. bkn nak citer ape pun..sebab die dah dapat keje jadi Engineerrrrr...bkn Eeejinggg liaaarr ok!! haha
rezeki kawan, so tumpang gembira la...hari ini dia daftar sebagai Engineer di Syarikat Saiko (tak tau btol ke tak INSAN eja nama syrikat ni..wah wah wah).

Sebelum dapat tawaram keje, die dh dapat training d syarikat jam jepung.. Syarikat Instrument Technology Sdn Bhd... katenya penattt..Die tak PIKIR yang INSAN duduk dalam bilik pun penat...hahaha seronok kot, INSAN tgk depa2 ni dapat keje jadi Engineer!! Keje kat mane2 pun suma nya susah! tapi pengalaman tak boleh dijual beli...okey!!

Kita citer pasal die kejap..Mase join program, die ni lah ketua kami....hahaha..orgnya relaks, dan penuh berwawasan..wa cakap lu!! Tgk la, mcm mane die berposing bila bergambar... Chayokk la bos!!! Malas r citer pjg..kang dok pasal2 sebutir kene atas kapale!!
~~huhuhu~~

Okey..Ucapan Tahniah dan Selamat bekerja booo waaaatt Azmi (Bkn nama sebenar)

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa



Selamat Hari Bapa kepada bapaku Mohd Anuai bin Yusoh...

Kaulah Bapa
Kaulah Ayah
Kaulah Abah
Kaulah Dady
Kaulah segala galanya!!!
sebagai ketua keluarga
Kasih Sayangmu tidak berbelah bagi....
Kami anak-anak mu menyangi mu sepunuh hati..


I LOVE U SO MUCH..!!!

::..Dari Along, Angah, Alang n Adik..::

Saturday, June 18, 2011

Imam dan 20 sen

...Imam dan 20 sen...

Jommm bace dan fahami..hehe

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.
Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

Sahabat-sahabatku sekalian...
Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

***post ini INSAN bace dari sorang member kenalan dari FB..name die Wiwi..

Monday, June 13, 2011

Syabas buat TERENGANU KITE...!!!!!


Syabas..Syabas..Syabas..!! Aku bangga jadi rakyat Terengganu...Tahniah buat Terengganu yang menjuarai Piala FA dan SUKMA Kuala Lumpur baru baru ini...Kerana anda rakyat Terengganu dapat cuti umum dua hari disebabkan peristiwa manis ini...







SEMOGA TERENGGANU TERUS BERJAYA!!
CEMERLANG..GEMILANG..TERBILANG..

Tuesday, May 17, 2011

My Thesis Done....!!!


My Thesis...Hohohoh...




Akhirnya INSAN dapat siapkan thesis INSAN sebaik baiknya...huhhhh...bkn senang nak buat...tapi apa apa pun Terima Kasih buat supervisor PM. Zamani Md Zain yang telah banyak menyumbangkan idea idea yang bernas dan tak lupa kepada sahabat seperjuangan iaitu Izzati dan Nadia. Tidak lupa juga sahabat baik seperjuangan PSO abg Encemmmm...tqvm for your guide me to do GUI in Matlab...huhuhu dan rakan rakan yang lain...Thesis ciap, kelegaan memang tak dapat dibayangkan....seronok sgt!!!! hahahaha tggu nak grade je..hehe apa pun semuanya dah berakhir, dan job yang bakal menanti... I want to be Engineer..!! huhu Insya-Allah...

Sunday, May 1, 2011

Kenapa orang Islam Sembah Kain Hitam tu??

Ini Insan nak kongsi bersama dengan anda suma, kadang2 kita susah nak pikirkan ape yang orang lain pikirkan tentang islam..agak sukar kita tuk menterjemahkan tapi hanya org Islam sahaja yang memahami..Benda ini pernah terjadi pada Insan, dan pernah Insan menerangkan pelbagai cara bagi mereka memahami..dan daripada Ustaz yang pernah Insan bertanya..Ustaz itu berkata cuba relatekan tentang Islam ini dengan sesuatu situasi yang membolehkan mereka faham apa itu Islam..sebagai contoh ini...



"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"

...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."

sila sila la share~~

Terima kasih kepada Emirah Emir (Facebook)...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...